NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BERJASA tetap bersama GTA, fokus hala tuju dan kepimpinan baharu




BANGI, Sabtu – Parti BERJASA tetap meneruskan perjuangan dalam Gerakan Tanah Air (GTA) bersama-sama parti komponen lain dengan gabungan itu meskipun tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, pihaknya bersedia untuk berbincang bersama komponen parti GTA yang lain termasuk Jawatankuasa Gagasan Bangsa bagi menentukan kepimpinan baharu dan hala tuju perjuangan selepas ini.

Dalam satu kenyataan katanya, keputusan itu dibuat susulan tindakan Tun Mahathir yang mengumumkan tidak lagi bersama GTA kerana ingin fokus kepada Proklamasi Orang Melayu.

BERJASA turut menganggap tindakan Tun Mahathir sebagai keputusan peribadi kerana perkara ini tidak dibincangkan di dalam mana-mana mesyuarat dan dibuat secara bersendirian tanpa melibatkan pimpinan GTA yang lain.

Atas dasar itu, perjuangan GTA tetap akan diteruskan walau apa sahaja keputusan bekas Perdana Menteri itu.

GTA ditubuhkan sebelum PRU15 membabitkan kerjasama empat parti komponen utama iaitu PEJUANG, BERJASA, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA dan Parti Ikatan India Muslim Nasional (IMAN).

Namun, PEJUANG telah mengumumkan keluar dari gabungan tersebut pada Januari lalu untuk memfokuskan parti itu terhadap pengukuhan parti berbanding bergabung dengan parti-parti yang lain. 

Semalam, Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi GTA dan mengesahkan beliau telah pun keluar dari gabungan parti berkenaan. 

Dalam perkembangan sama, Tun Mahathir memaklumkan, beliau kini bergerak melalui medium Proklamasi Orang Melayu selain tidak terlibat dengan mana-mana parti politik di negara ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak timbul isu mengetepikan mana-mana parti politik Melayu yang wujud susulan tindakannya meninggalkan GTA.

Sumber I Tv Pertiwi 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo