NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Selangor: Anak Noh Omar antara nama bakal calon PN



KUALA SELANGOR – Anak perempuan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar antara enam nama yang dicadangkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Nurul Syaz­wani yang juga Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang itu disenaraikan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Turut tersenarai Yang Dipertua Pas Tanjong Karang, Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin bagi kerusi DUN Sungai Burong.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Badan Pimpinan PN Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, kesemua senarai calon berkenaan sudah diserahkan kepada kepimpinan atasan PN Selangor.

“Perbincangan lanjut sedang dijalankan dan bergantung kepada pimpinan Pusat untuk dimuktamadkan, namun kita akan mengetengahkan dua nama utama iaitu Nurul Syazwani dan Mohd. Zamri yang sudah dikenali di parlimen ini.

“Mereka dilihat berpotensi besar untuk memenangi dua kerusi DUN itu kerana mempunyai pengaruh dan sokongan pengundi masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ailfitri di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini. -KOSMO!ONLINE


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo