NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ADUN Limbahau, Timbalan Presiden KDM keluar parti

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim mengesahkan keluar daripada Parti Demokratik Masyarakat (KDM) berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Presiden KDM itu akan menjadi ADUN Bebas buat sementara waktu sebelum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti yang mempunyai perjuangan yang sama dengan hala tuju politiknya.

“Ya, saya keluar parti bermula hari ini. Kini saya kekal sebagai ADUN Bebas.

“Kita tengok dulu mana parti yang boleh membantu membawa pembangunan dan kemajuan di kawasan DUN Limbahau,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, keputusan keluar parti itu dibuat selepas memikirkan tentang pembangunan dan kepentingan rakyat di kawasannya.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan Presiden KDM, Datuk Peter Anthony namun, di peringkat negeri, beliau mahu melihat pembangunan dibawa masuk ke kwasannya di DUN Limbahau.

Juil berkata, beliau akan menjadi sebagai ADUN Bebas yang akan menyokong pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri Sabah.

Tindakan Juil keluar parti dipercayai berikutan keputusan kerajaan negeri membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung esok hingga Khamis ini.

Ketika kemelut politik berlaku pada awal Januari lalu, KDM dilihat menyokong kumpulan yang cuba merampas kuasa dan menjatuhkan Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri Sabah.

Kumpulan itu dianggotai oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2020, Juil yang bertanding atas tiket Warisan mengumumkan keluar parti pada 28 Disember 2021 bersama-sama Peter Anthony.

Kemudian semasa Peter menubuhkan parti KDM pada Februari tahun lalu, Juil dilantik sebagai Timbalan Naib Presiden KDM.- utusan


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo