NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 warga Palestin ditembak mati tentera Israel di Tebing Barat


BAITULMAKDIS:
Tentera Israel membunuh tiga pejuang Palestin di Tebing Barat semalam, menurut sumber Palestin pada Isnin (22 Mei), dalam apa yang disifatkan oleh tentera Israel sebagai satu operasi untuk menangkap suspek pengganasan.

Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti ketiga-tiga lelaki yang dibunuh di kem pelarian Balata di Nablus sebagai Muhammad Abu Zaytoun, 32 tahun, Fathi Abu Rizk, 30 tahun dan Abdullah Abu Hamdan, 24 tahun. 

Briged Syahid Al-Aqsa, sayap bersenjata parti Fatah yang diterajui Presiden Palestin Mahmud Abbas, dalam satu kenyataan mendedahkan, ketiga-tiga itu merupakan antara "pejuang" kumpulan berkenaan. 

Tentera Israel menyatakan, ia menembak beberapa pejuang apabila pertempuran bersenjata tercetus sewaktu operasi "antipengganasan", dengan tiga individu ditangkap. 

Semasa operasi tersebut, "suspek-suspek bersenjata melepaskan tembakan ke arah tentera, yang menembak sebagai tindak balas. Sasarannya sudah dikenal pasti," menurutnya. 

Tentera Israel juga mendedahkan dalam kenyataan itu lagi, ia "memberkas tiga individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengganasan", dan senjata turut dirampas. 

Jurucakap Presiden Palestin Nabil Abu Rudeineh menyifatkan pembunuhan itu sebagai satu "pembunuhan besar-besaran yang jelas" dan berkata serangan dan serbuan berulang oleh tentera Israel terhadap para penghuni adalah satu "jenayah perang besar dan hukuman kolektif". 

Tambah beliau, "ketiadaan tindakan" dari Amerika Syarikat (AS) mendorong tentera Israel untuk memperhebatkan serangan, sekali gus menggesa Washington supaya "segera campur tangan bagi menghentikan kacau-bilau oleh Israel yang akan meletuskan daerah itu". 

Para saksi memberitahu AFP bahawa tentera Israel menyerbu beberapa rumah di kem itu sepanjang malam untuk mencari individu yang dikehendaki tentera. 

Tembakan dan letupan kuat kedengaran di kem tersebut, menurut para saksi, sambil menambah bahawa sebuah rumah turut dimusnahkan. 

Sumber : AFP/NY/ny


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo