NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA mula ‘bersuara’, Zahid perlu lebihkan komponen BN, bukan DAP


BANGI, 2 Zulkaedah 1444H, Isnin
– Parti perkauman, MCA mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengutamakan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), bukannya melebihkan Pakatan Harapan terutamanya DAP.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, Zahid dinasihatkan supaya berpegang kepada prinsip dan berhati-hati dalam segala perkara berkaitan hubungan atau kerjasama antara BN dan PH.

“Perlu diingatkan bahawa sebagai Pengerusi BN, beliau haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen dalam BN, bukannya mengutamakan PH terutamanya DAP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, ahli UMNO, MCA boleh menyokong calon DAP – yang mana konsep sama dilaksanakan oleh pengundi UMNO menyokong dan mengundi calon MCA pada pilihan raya sebelum ini.

Justeru katanya, kaedah itu boleh diguna pakai untuk menyokong calon dari DAP.

Beliau berkata, atas dasar kebersamaan kaedah itu boleh digunakan untuk memilih calon dalam parti Kerajaan Madani.

Sebelum itu, pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN diminta memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan kerajaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan itu wajar mengikut disiplin parti apabila berada dalam kerajaan.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo