NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid minta Umno Sabah jangan ‘guris hati’ rakan kerajaan perpaduan demi kepentingan PRN nanti

Januari lalu, berlaku krisis politik di Sabah apabila ketua Umno negeri itu, Bung Moktar Radin mengumumkan BN tidak lagi menyokong Hajiji Noor sebagai ketua menteri.



PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan ahlinya di Sabah “tidak mengguris hati” rakan dalam kerajaan perpaduan negeri itu demi kestabilan politik.

Beliau berkata, tempoh bertenang disarankan sebelum ini susulan krisis politik perlu diteruskan sehingga pilihan raya negeri seterusnya, dijadualkan sekitar 2025.

Menurutnya, kerjasama erat di peringkat pusat dan negeri bukan sahaja diterjemahkan dengan peruntukan tinggi tetapi hubungan antara parti mendokong kerajaan perpaduan.

“Untuk Umno sendiri saya telah memberitahu rakan-rakan saya dari Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menggugat perasaan atau mengguris hati mana-mana pihak.

“Terdapat beberapa langkah penyelesaian dilakukan dan kita mencari kaedah terbaik supaya kerajaan di Sabah ini terus dikekalkan sehingga PRN akan datang,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri berharap pembahagian jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antara parti membentuk pentadbiran di Sabah dikekalkan.

Januari lalu, berlaku krisis politik di Sabah apabila Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak lagi menyokong Hajiji Noor sebagai ketua menteri Sabah.

Dipercayai gerakan menumbangkan Hajiji itu digerakkan Bung bersama Presiden Warisan Shafie Apdal.

Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila sebilangan wakil rakyat BN kekal menyokong Hajiji.

Lima Adun turut keluar Umno iaitu Yusof Yacob (Sindumin), Jasni Daya (Pantai Dalit), Arsad Bistari (Tempasuk), Hamid Awang (Balung), dan James Ratib (Sugut). Mereka menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Hajiji.

Beberapa wakil rakyat Warisan turut menyertai Gagasan Rakyat iaitu Awang Ahmad Sah (Petagas), Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), dan Norazlinah Arif (Kunak).


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo