NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usah diam diri, terus tekan institusi antarabangsa henti kekejaman Israel – Muhyiddin

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mengutuk sekerasnya tindakan rejim Zionis yang melakukan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap jemaah awam Palestin di Masjid Al-Aqsa sejak beberapa hari lalu.

Malah, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengecam tindakan zalim rejim tersebut yang menceroboh pekarangan Haram Al-Sharif dalam bulan mulia umat Islam iaitu Ramadan.

Muhyiddin berkata, lebih jelik apabila perbuatan biadab rejim Zionis tersebut juga telah dilakukan hanya sehari selepas Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan usul A/HRC/52/L.32 yang ditaja Malaysia mengenai hak rakyat Palestin dan penempatan haram Israel di tanah air Palestin.

“Kerajaan Malaysia tidak boleh berdiam diri dan perlu terus melakukan segala yang upaya untuk menekan institusi antarabangsa, sama ada melalui saluran PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) atau Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk campur tangan bagi menghentikan kekejaman dan jenayah Israel serta membebaskan semua tahanan Palestin.

“Serangan keterlaluan dan provokatif ini memberi kesan serius terhadap keselamatan dan kestabilan di rantau Timur tengah dan menjejaskan sebarang usaha memulihkan proses damai. 

“Laporan media menyatakan bahawa keganasan yang sama berlaku pada bulan Ramadan pada tahun 2021 dan 2022. Peningkatan keganasan terhadap rakyat Palestin ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya. dalam satu hantaran di Facebook.

Muhyiddin berkata, ketegangan antara Israel dan Palestin telah mencapai titik didih susulan serangan baru-baru ini sekali gus menuntut PBB campur tangan.

“Adalah wajar bahawa PBB semasa mengecam serangan itu, meningkatkan usaha untuk mempertanggungjawabkan Israel atas kelakuannya yang tidak boleh diterima.

“Sebagai anggota UNHRC bagi sesi 2022-2024, Malaysia perlu lebih lantang dan berperanan dalam mendesak supaya tindakan segera diambil untuk menghentikan pencerobohan dan membantu rakyat Palestin yang telah secara berterusan dizalimi dan dinafikan hak mereka,” katanya. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo