NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen DAP dilantik Penasihat Khas Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Kuching daripada DAP, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila lantikan itu berkuatkuasa.

Sementara itu, Lee Wuen di Facebooknya semalam berkata, beliau akan menasihati Zaliha berhubung dasar dan pembaharuan kesihatan negara. 

“Saya akan terus memainkan peranan untuk melengkapkan kerja menteri dan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam hantaran ringkas semalam. 

Beliau turut berkongsi gambar menunjukkan tanda namanya dengan jawatan itu. 

Sebelum pembubaran Parlimen ke-14, Lee Wuen pernah mempengerusikan Jawatankuasa  Khas Parlimen (PSC) Kesihatan, Sains dan Inovasi. 

DAP Sarawak tidak mempunyai wakil dalam barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan yang dibentuk hujung tahun lalu.

Difahamkan, terdapat segelintir pihak yang berkeras untuk mengenepikan ahli Parlimen DAP Sarawak daripada Kabinet, sebagai pertukaran atas sokongan mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.-utusan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo