NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Kelantan pertimbang putus hubungan dengan Amanah



KOTA BHARU - UMNO Kelantan tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, ia berikutan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad supaya Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Susulan kenyataan itu katanya, UMNO Kelantan mendesak supaya Khalid membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Sekiranya Khalid tidak menarik balik pernyataan tersebut yang ternyata amat menyingung perasaan ahli UMNO keseluruhannya, UMNO Kelantan akan mempertimbangkan memutuskan kerjasama dengan parti Amanah di Kelantan," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu

Pada Khamis, Khalid mewakili Amanah dilaporkan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib daripada diberi pengampunan sekali gus dibebaskan dari penjara.

Khalid berpandangan, pengampunan untuk Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga seluruh dunia berhubung sikap serta pendirian terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Sebelum itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak termasuk parti politik yang bersahabat dengan Barisan Nasional untuk tidak membuat kenyataan tidak wajar mengenai pengampunan Najib.



Sumber I Sinar Harian 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo