NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Annuar beri bayangan sertai parti ‘haluan baik, harmoni’

Annuar Musa berkata beliau akan mengumumkan pendiriannya selepas sambutan Aidilfitri.Bekas setiausaha agung Umno yang dipecat Disember lalu dikatakan bakal bertanding pada PRN.



PETALING JAYA: Presiden Muafakat Nasional Annuar Musa membayangkan bakal menyertai sebuah parti politik “berhaluan baik dan harmoni” selepas dipecat Umno pada Disember lalu.

Bekas setiausaha agung Umno itu berkata beliau akan mengumumkan pendiriannya selepas sambutan Aidilfitri.

“Saya akan lebih aktif berhaluan ke arah keharmonian dan yang lebih baik.

“Kita lihat sehari dua lagi, sekarang masih dalam suasana raya, kalau boleh politik kita kurangkan dulu, tumpu berhari raya,” katanya menurut Sinar Harian.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan.

FMT sebelum ini melaporkan Annuar antara bekas nama besar dan berpengaruh daripada Umno yang dijangka menyertai Perikatan Nasional (PN) menjelang PRN tidak lama lagi.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang membayangkan perkara itu hanya menyatakan ada “sesuatu berita baik buat PN”.

Annuar yang juga bekas menteri era pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sudah mengisi borang keahlian PAS, namun bercadang mengumumkan penyertaannya selepas Aidilfitri.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo