NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sah tapak kaki ‘pak belang’

Tular di laman sosial mengenai penemuan bangkai seekor lembu tanpa kepala dipercayai diserang haiwan buas serta tapak kaki haiwan itu sehingga menimbulkan kegusaran penduduk. (Gambar Facebook)


JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemukan di kebun kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau, dipercayai tapak kaki harimau.

Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin, berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan menjalankan pemantauan selepas menerima laporan berhubung penemuan bangkai binatang ternakan di kebun kelapa sawit di kawasan itu.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, kesan-kesan (yang ditemukan ialah harimau), namun siasatan masih dijalankan.

“Kita akan melaksanakan pemasangan perangkap kamera (bagi mengesan kehadiran haiwan liar berkenaan) dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kita perlu tarik pemasangan kamera di kawasan lain terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Aminuddin turut menasihatkan kepada orang ramai agar melaporkan segera kepada Perhilitan sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan elakkan daripada mengambil sebarang tindakan provokasi.

Terdahulu, tular di laman sosial mengenai penemuan bangkai seekor lembu tanpa kepala yang dipercayai diserang haiwan buas serta tapak kaki haiwan terbabit sehingga menimbulkan kegusaran penduduk di sekitar Felda itu.

Sementara itu, Adun Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz berkata beliau berhubung dengan pengurus Felda berkenaan serta menasihati penduduk berhampiran agar mengutamakan keselamatan mereka.

“Kita juga tidak menggalakkan mereka untuk masuk ke kawasan ladang buat sementara waktu, namun sekiranya perlu juga masuk, pastikan berpasangan atau secara berkumpulan.

“Keselamatan paling utama. Agensi berwajib sedang jalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin,” katanya menerusi catatan dalam Facebooknya, semalam.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo