Gambar dari kiri: Jasnih, Mohd Arsad, James |
KOTA KINABALU - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah dipecat daripada UMNO, kata Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bung Moktar berkata, tiga ADUNberkenaan ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).
"Ada tiga dikenakan tindakan pecat, Datuk James Ratib sudah diambil tindakan dipecat, Mohd Arsad dan Jasnih juga dipecat. Shahelmey digantung," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah, di bangunan UMNO, di sini pada Ahad.
Ditanya mengenai status ADUN Tanjong Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy pula, Bung Moktar memaklumkan, tiada tindakan dikenakan terhadap ADUN berkenaan.
Andi Muhammad masih berada di dalam barisan kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.
Pada 21 Februari lalu, empat ADUN termasuk James, Mohd Arsad dan Jasnih mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Selain itu, ADUN Balung Datuk Hamid Awang juga turut mengambil keputusan sama iaitu keluar daripada UMNO.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment