NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada kepastian KJ, Shahidan bertanding PRN Selangor

Shahidan (kiri), Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Pas Selangor tutup mulut berkenaan desas-desus bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka Jun ini.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, Pas Selangor tiada maklumat dan tidak dimaklumkan berkenaan perkara itu.

Bagaimanapun katanya, Pas terbuka menerima pemimpin berwibawa dan kompeten untuk bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) dalam misi menawan Selangor.

"Pas sendiri telah menyediakan calon-calon berkelayakan untuk mendepani gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN.

"Pas Selangor tidak tahu KJ (Khairy Jamaluddin ) dan DSSK (Shahidan) akan bertanding di Selangor namun terbuka dan mengalu-alukan bantuan mana-mana pihak yg boleh bawa kemenangan buat PN di Selangor, " katanya ringkas pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesahihan mengaitkan dua nama besar itu akan bertanding atas tiket PN di Selangor.

Sebelum ini Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau menyatakan kesediaan untuk bertanding di Selangor dalam misi membantu PN menawan negeri itu.

PN menyasarkan untuk menawan tiga negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Shahidan dikatakan antara calon yang akan diketengahkan dalam PRN Selangor dan bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Sementara itu, KJ dikatakan bakal bertanding di salah satu kerusi DUN di bawah kawasan parlimen Sungai Buloh, sekiranya beliau menerima tawaran Bersatu untuk menyertai parti tersebut sebelum PRN.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo