NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengampunan Najib: Part politik yang bersahabat dengan UMNO dan BN tidak patut komen

Ahmad Zahid (kanan) menerima cenderamata daripada Ahmad (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut pada Jumaat.


PONTIAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Justeru beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berharap mana-mana parti politik terutama yang bersahabat dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya memberikan komen mengenai pengampunan Najib.

"Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini merupakan budi bicara baginda.

"Saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada sebarang pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita untuk memberikan komen yang tidak sepatutnya," katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sebelum itu, Parti Amanah Negara (Amanah) merayu kepada Yang di-Pertuan Agong supaya permohonan pengampunan terhadap Najib ditolak.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berpandangan, pengampunan untuk Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga seluruh dunia berhubung sikap serta pendirian terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Ujarnya, perkara itu akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 9 April lepas, Ahmad Zahid mengesahkan parti itu sedang berusaha mencari tarikh bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan rayuan pengampunan terhadap Najib.

Sebelum itu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memohon ihsan Seri Paduka Baginda untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Presiden parti itu sebagaimana kuasa yang diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo