NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cuaca panas: Jemaah menteri bincang lanjutan cuti sekolah



PONTIAN - Jemaah menteri akan berbincang sama ada terdapat keperluan melanjutkan cuti persekolahan sempena



Hari Raya Aidilfitri susulan fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai langkah telah diambil termasuk mengkordinasikan kerjasama pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri bagi membantu rakyat menghadapi fenomena berkenaan.

"Saya fikir itu harus dibincangkan di peringkat jemaah menteri," katanya ketika menjawab soalan berhubung keperluan lanjutan cuti persekolahan akibat cuaca panas melampau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut,di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi UMNO Johor merangkap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Parlimen Simpang Renggam dan ADUN Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad serta barisan Exco Johor.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, laporan mesyuarat berkaitan strok haba telah diserahkan kepadanya.

"Ketika ini iklim di negara kita sudah berubah, haba panas mula melanda terutama di Kelantan yang mana terdapat dua kematian.

"KKM juga telah mengambil langkah-langkah tertentu dan rakyat di kawasan yang dilanda haba panas dinasihatkan agar minum air bersih dengan lebih banyak.

"Saya dimaklumkan oleh MetMalaysia bahawa cuaca panas ini akan berakhir pada pertengahan bulan Mei. Jadi saya berharap walaupun ini fenomena baharu tetapi kita perlu berjaga-jaga dan mengambil beberapa langkah kesihatan," katanya.

Dua kematian disahkan akibat strok haba membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Kelantan.

Mangsa, Muhamad Syamil Aqilmenghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok pada jam 9.27 pagi, Selasa dipercayai akibat strok haba dan dehidrasi.

Pada Khamis media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan, Nur Imani Ahmad Faris Fazli dari Kampung Kota, Kota Bahru, Kelantan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi Selasa juga dipercayai akibat strok haba.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo