NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TANG JIE-EE WEI JUARA ORLEANS MASTERS

Pemain beregu campuran negara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika beraksi menentang pemain Thailand Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai pada suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena hari ini.


KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berada di kelas tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama muncul juara pada Kejohanan Badminton Orleans Masters di Orleans, Perancis, hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Palais de Sports, beregu nombor 26 dunia dan pilihan ketujuh kejohanan itu menampilkan permainan hebat menoktahkan kemenangan 21-19, 21-17 dalam tempoh 35 minit ke atas pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin. 

Ini merupakan pertemuan pertama Tang Jie-Ee Wei yang baru digandingkan pada November lalu dengan gandingan dari Taiwan yang berada di kedudukan ke-25 dunia itu serta gelaran kedua musim ini.

Semalam, Tang Jie-Ee Wei berjaya melangkah ke final selepas membenam wakil Indonesia, Rehal Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati yang juga pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 21-10, 21-16.

Pencapaian terbaik Tang Jie-Ee Wei adalah pada November lalu apabila mereka mencipta sensasi menjuarai Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2022 dengan menewaskan gandingan Thailand, Phatharathorn Nipornram- Alisa Sapniti, 21-15,21-13.

Mereka turut membuktikan kemampuan mereka apabila menjuarai Cabaran Antarabangsa Iran 2023 dengan menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, 21-19, 21-15, pada Febuari lalu. 

-- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo