NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JAKIM sokong OIC beri amaran kepada Israel

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong langkah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang memberi amaran berhubung ‘konfrontasi agama’ oleh tentera Israel ke atas kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Rabu.

Malah JAKIM turut bersetuju dengan tindakan pihak yang membuat bantahan terhadap kebiadaban tentera zionis termasuk protes dari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Jumaat lepas apabila membakar bendera Israel, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menurutnya, tindakan sedemikian diharap mampu menyedarkan pihak Israel bahawa perbuatan kejam mereka terhadap rakyat Palestin sememangnya dibenci oleh masyarakat dunia.

“Yang paling penting saya ingat adalah saudara-saudara kita di Palestin tahu yang mereka ini sentiasa mendapat sokongan, doa dan dokongan daripada masyarakat Islam di seluruh negara.

“…bukan sahaja di Malaysia tapi juga di seluruh dunia Insyaallah.

“Kita doakan mereka ini akan terus dipelihara oleh Allah S.W.T daripada segala kejahatan yang dibuat gologan zionis ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Tadarus Perdana bertemakan “Al-Quran Pembimbing Belia Al-Falah, Peneraju Negara Madani” di Universiti Malaya di sini hari ini.

Beliau ditanya wartawan berkaitan kenyataan OIC semalam yang mengeluarkan amaran berkenaan kepada Israel.

Kumpulan yang menyertai mesyuarat agung luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC itu mengutuk ‘sekeras-kerasnya tindakan pasukan dan pendatang Israel yang berulang kali menyerbu Masjid Al-Aqsa’.

OIC meminta Israel bertanggungjawab ‘atas sebarang akibat hasil tindakan provokatif, menerusi serangan kejam yang sistematik, provokasi yang disengajakan dan hasutan untuk mencetuskan konfrontasi agama’.

Pertubuhan yang berpangkalan di Jeddah itu menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Badan dunia itu diharap mengambil tindakan segera dan langkah-langkah yang perlu bagi menghalang serta menghentikan provokasi Israel dan semua langkah selain dasar haram yang menjejaskan bandar Al-Quds dan kesucian Masjid Al-Aqsa tanpa pilih kasih.

Palestin sudah lama menuduh Israel cuba menjadikan Timur Baitulmaqdis, di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa, sebagai wilayah Yahudi sekali gus melenyapkan warisan kebudayaan Arab.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata, pihaknya telah terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan berhubung kutukan keras terhadap kejahatan zionis terhadap umat Islam yang dizalimi dalam kejadian itu.

Tegasnya, perbuatan regim zionis itu merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun mempunyai pemikiran rasional lebih-lebih lagi mereka cuba menafikan hak umat Islam Palestin untuk menunaikan solat yang merupakan satu tuntutan agama. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo