Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim |
KUALA LUMPUR – Petronas perlu memberi penjelasan mengenai wang ihsan yang melibatkan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, isu royalti itu perlu dijawab oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut dan tidak boleh diwakili oleh mana-mana menteri atau ahli politik.
“Jadi, sekarang ini saya nak tanya Petronas, Petronas kena jawab semata-mata kerana kerajaan memilih Petronas tidak bererti ahli politik kena jawab, Petronas lah kena jawab.
“Betul ke perjanjian ketika 1974 itu Kelantan dan Terengganu berhak mendapat bayaran tunai untuk minyak yang didapati offshore di luar persisiran pantai Kelantan dan Terengganu?
“Adakah perjanjian itu menyebut tentangteritorrial mortage, jadi Petronas harus jawab persoalan ini,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.
Menuurt Zaid, perjanjian 1974 itu jelas menunjukkan sekiranya minyak dan gas didapati ‘offshore’ yang bermaksud dalam konteks galian itu tidak kira berapa jarak batu yang digali.
“Dulu beria-ia ahli politik nak bayar royalti minyak tetapi bila mereka jadi kerajaan. Mereka kata ihsan.
“Saya tanya Petronas jawablah wang ihsan itu apa. Apakah Melaka, Negeri Sembilan dapat wang ihsan ini. Tak adakan,” soalnya.
Zaid turut menyifatkan wang ihsan yang disalurkan merupakan trick payment kerana kerajaan tidak mahu membayar jumlah penuh royalti maka dipanggil wang ihsan yang bermakna terpulang mahu beri berapa banyak. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment