NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sempena perayaan Easter, Rusia bebaskan 130 askar Ukraine

story-image

Seramai 130 askar Ukraine telah dibebaskan daripada tahanan Rusia pada perayaan Orthodox Easter, menurut sumber Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Pertukaran tahanan yang hebat sempena Easter," kata ketua pejabat presiden Ukraine, Andriy Yermak, di Telegram pada Ahad.

Beliau turut memuat naik gambar yang menunjukkan berpuluh-puluh lelaki dengan bendera Ukraine biru dan kuning.

“130 orang kita akan kembali," katanya.

Yermak berkata pertukaran itu dilaksanakan dalam beberapa peringkat sejak beberapa hari lalu.

Setakat ini, pihak Rusia belum membuat sebarang pengesahan berhubung perkara itu.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine sejak lebih setahun lalu iaitu bermula pada 24 Feb 2022.

Pada minggu lalu, pertukaran tahanan antara kedua-dua pihak telah diadakan membabitkan sejumlah 200 askar.

Bernama


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo