NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tidak menerima laporan kekurangan bekalan ayam - Mat Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu (kiri) mengedarkan bubur lambuk dalam program agihan bubur lambuk di kementeriannya. (Gambar Bernama)


PUTRAJAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Ditemui pemberita selepas Program Agihan Bubur Lambuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Mohamad berkata Fama akan melihat dan mencuba mencari jalan untuk menampung kekurangan bekalan itu.

“Setakat ini saya tidak menerima laporan berapa tempat yang mengalami kekurangan bekalan ayam.

“Kekurangan sementara bekalan di sesuatu tempat menjelang musim perayaan kadang-kadang berlaku, tapi kementerian memberi jaminan bekalan makanan adalah mencukupi terutama bagi lapan komoditi utama iaitu telur, ayam, daging, ikan, sayur, buah, beras dan susu segar,” katanya.

Terdahulu, sebuah media melaporkan peniaga di Pasar Besar Klang khuatir bekalan ayam tidak mencukupi seminggu sebelum Aidilfitri di sebalik permintaan tinggi daripada pengguna.

Seorang peniaga berkata beliau telah menempah 100 ekor ayam daripada pembekal tetapi hanya menerima 80 ekor ayam.

Media tersebut melaporkan masalah bekalan ayam dijangka melanda utara tanah air menjelang Syawal ini ekoran isu kekurangan anak ayam yang dialami penternak terutama di Kedah.

Sementara itu, Presiden Kelab Tani KPKM, Badrul Hisham Mohd berkata sempena program hari ini, sebanyak 2,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja Wisma Tani, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sini.

“Ini tahun kelima penganjuran program agihan bubur lambuk dan kita meneruskan tradisi memasak bubur sebanyak lima kawah untuk diagihkan,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo