NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: PH Pulau Pinang bahagi kerusi sesama sendiri, BN kemudiaan

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata pembahagian kerusi akan dibincang terlebih dahulu sesama parti komponen gabungan itu sebelum dibincangkan dengan UMNO-BN.


Pembahagian kerusi di Pulau Pinang akan dibuat sesama parti komponen dengan Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.

Selepas selesai pembahagian kerusi dengan DAP, PKR dan Amanah baharu kemudiaan ia akan dibincangkan dengan UMNO-Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow.

Mesyuarat pembahagian kerusi sesama parti dalam PH diadakan petang ini, ia antara lain akan turut membincangkan pelbagai isu termasuk berhubung agihan kerusi.

Beliau berkata, sejurus keputusan muktamad diambil melalui mesyuarat petang ini, baharulah perbincangan dengan BN yang mana rundingan membabitkan kedua-dua pihak itu dijangka diadakan minggu hadapan.


“Kita akan adakan mesyuarat petang ini dengan harapan dapat memuktamadkan keputusan bagi PH sebelum ia dibawa untuk rundingan dengan BN dan UMNO.

“Muktamad dari segi apa, ia adalah berkenaan kerusi apa yang kita mahu tanding dan isu-isu lain yang dibangkitkan,” katanya dipetik laporan BH.

Terdahulu, beliau ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Taman Tangling hari ini.

Ditanya apakah parti komponen BN akan turut serta dalam rundingan itu nanti, Kon Yeow berkata beliau difahamkan ada yang akan hadir berdasarkan senarai dikemukakan kepada pihak PH.

“Sebenarnya (kehadiran parti komponen BN) perlu diuruskan parti itu sendiri, tetapi daripada senarai dikemukakan rombongan UMNO itu ada pemimpin BN.

Media sebelum ini melaporkan Kon Yeow yang juga Ketua Menteri berkata, perjumpaan PH hanya akan berlangsung dengan pemimpin UMNO dan bukannya dengan parti komponen BN lain.

Ini kerana permohonan mesyuarat hanya diterima daripada UMNO Pulau Pinang sahaja ketika ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng, dilapor berkata rundingan agihan kerusi dengan PH bagi menghadapi PRN di Pulau Pinang mesti membabitkan semua parti komponen BN.

Katanya, tindakan mengenepikan parti komponen dalam rundingan itu tidak selaras semangat Kerajaan Perpaduan.

PRN kali ini membabitkan enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada PRU-14 lalu, PH memenangi 37 kerusi termasuk kerusi DUN daripada calon Bersatu yang ketika itu masih menjadi sebahagian daripada PH.

BN pula hanya menang dua kerusi DUN iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan, manakala PAS mempunyai satu kerusi iaitu Penaga.


Sumber I Agenda Daily


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo