NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi bawa cabaran Malaysia ke final

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, terus mencipta kejutan apabila melangkah ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) dengan aksi penuh dramatik apabila menumbangkan gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi. - Stadium Astro


BEREGU lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, terus mencipta kejutan apabila melangkah ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) dengan aksi penuh dramatik apabila menumbangkan gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi.
Selepas mencipta kemenangan yang menakjubkan ke atas beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto semalam, mereka turun bertemu wakil Jepun yang mengatasi satu lagi beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.
Pilihan kelapan kejohanan itu bermula dengan cemerlang, bijak mengawal permainan sebelum merekodkan kemenangan set pertama 21-16.
Set kedua menyaksikan kedua-dua wakil saling mengutip mata demi mata, Hoki-Kobayashi berusaha mengheret permainan ke set penentuan sementara Yew Sin-Ee Yi pula mahu menoktahkan kemenangan.
Selepas perlawanan terikat 20-20, aksi yang lebih mendebarkan dipamerkan sehinggalah dua kesilapan daripada Jepun memastikan kemenangan buat Yew Sin-Ee Yi sekaligus menempah slot ke final.

Sumber I Astro Awani


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo