NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penembusan Terowong Genting ECRL dijangka suku kedua 2025

Anthony ketika membuat lawatan kerja ke Tapak Pembinaan Terowong Genting ECRL pada Selasa. - Foto Bernama


BENTONG - Penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini, sepanjang 16.39 kilometer yang melintasi Banjaran Titiwangsa dijadualkan dicapai pada suku kedua 2025, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, kerja pengorekan terowong dengan menggunakan mesin Tunnel Boring Machine (TBM), yang menjadikan Terowong Genting sebagai terowong ECRL pertama menggunakan kaedah itu berbanding kaedah gerudi dan letup seperti terowong lain, bermula sejak Jun lepas manakala pengorekan Terowong Genting kedua bermula November tahun sama.

"Setakat ini, kerja pengorekan Terowong Genting pertama telah mencapai kedalaman 2,602 meter (m) manakala 2,497 m untuk Terowong Genting kedua," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan terowong itu di sini pada Selasa.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Datuk Seri Darwish Abdul Razak.

Anthony juga menyifatkan pembinaan Terowong Genting yang menghubungkan Bukit Tinggi, Pahang dan Gombak, Selangor sebagai komponen utama ECRL, kerana melengkapkan jambatan darat (land bridge) bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang, selain menghubungkan penumpang pantai timur ke Gombak.

Mengulas mengenai kerja pembinaan ECRL yang keseluruhannya sepanjang 665 kilometer, Anthony berkata, setakat Mac lepas, ia telah mencapai tahap kemajuan 42.06 peratus manakala pencapaian semasa untuk penyertaan tempatan ECRL ialah 96 peratus daripada anggaran RM10.8 bilion kerja awam.

Beliau juga memaklumkan pelaksanaan projek ECRL telah berjaya mencapai 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan dan berharap ia dapat diteruskan, mengambil kira ia melibatkan lebih 17,000 tenaga kerja di 350 tapak kerja utama.

"Pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah mutlak dan tidak boleh diabaikan. Saya berharap projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan selamat tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan pekerja," katanya. - Bernama



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo