NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pencarum perlu sedar risiko mungkir FSA2 KWSP - Ahli ekonomi

Pencarum perlu sedar risiko mungkir FSA2 KWSP - Ahli ekonomi
FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 April bagi fasa satu dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pencarum perlu sedar berkenaan risiko mungkir sekiranya pembiayaan menggunakan Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan, kata Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

"Kemudahan ini lebih berbentuk memberi akses kepada pencarum untuk mendapatkan pembiayaan dalam institusi perbankan dan wang ini dijadikan cagaran melibatkan wang persaraan mereka.

"Langkah ini memberi kelegaan kepada mereka dari segi keperluan kewangan dan wang tunai yang diperlukan. Namun terdapat risiko yang mungkin dilalui seperti risiko mungkir. Jadi, mereka juga perlu tahu risiko yang perlu mereka lalui sekiranya pembiayaan tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ucapan Tahunan Gabenor Bank Negara Malaysia pada Forum Ekonomi Malaysia anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di sini hari ini.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 April bagi fasa satu dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional.

Ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon semasa fasa satu, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian, manakala tarikh mula fasa dua untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya.

Institusi itu memaklumkan dengan kemudahan berkenaan, semua ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk pengeluaran umur 50 tahun atau 55 tahun, dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun Dua KWSP.

Jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun Dua KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun, kata KWSP.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo