NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu skandal seks Exco Melaka fitnah, tetapi tidak nafikan kebenaran perkara itu– Ab Rauf



MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menganggap kontroversi seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita sebagai fitnah dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Beliau berkata, dalam dunia siber dan serba moden ini, pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

“Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul atau tidak.

“Sebab pengalaman ini, ramai sudah dapat tahu dan rasanya sama sahaja. Jadi saya pun tahu dan lihat ini adalah permainan musuh-musuh politik,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan ke lokasi kematian ribuan ikan di Sungai Melaka, di sini, hari ini.

Ab Rauf, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa seorang Exco negeri itu terbabit skandal seks dengan seorang wanita seperti mana tular di Facebook sejak semalam.

Menurutnya, beliau tahu asal usul kontroversi berkenaan selepas melihat dan meneliti perkara yang ditularkan itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Beliau turut menyerahkan kepada anggota Exco terbabit sama ada mahu membuat laporan polis atau tindakan yang difikirkan wajar. – Bernama





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo