NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Air: Kalau dah tahu raya ini penggunaan meningkat, PAIP perlu buat sesuatu – Pengguna

Intan Paharah masih menantikan keajaiban supaya krisi air tamat dengan menadah air dalam besen di singkin dapur rumahnya di Felda Selancar 3, Rompin


ROMPIN – ”Kalau tidak kenangkan ibu saya di kampung Felda ini, dah lama saya cabut balik Kuala Lumpur. Mana boleh tahan enam hari tiada air. Memang raya sendu tahun ini,”.

Demikian luahan salah seorang penduduk Felda Selancar 3, Intan Paraha Misnan yang berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air tiga hari sebelum menyambut Aidilfitri sehingga hari ini.

Menurut Intan Paraha, 35, beliau menerima dua notis daripada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memaklumkan ketiadaan air dan kegagalan syarikat tersebut menyediakan lori tangki secukupnya kepada penduduk menyulitkan penduduk yang terkesan.

”Kakak saya sudah balik ke Rawang ke rumah mentua, jadi di rumah ini ada dua orang sahaja. Kalau ikut rasa tidak sabar nak balik, susah kita nak beraya tiada air. Nak mandi pun bercatu, nak buat masak lagilah sukar.

”Dua hari sebelum raya, terima notis memaklumkan tiada bekalan air namun tidak sangka sehingga ke hari ini di mana bekalan air mula mengalami gangguan pada 20 April sehingga 21 April 2023, namun rumah saya tiada air dulu baru dapat notis.

”Manakala notis kedua tiada air disebabkan gangguan bekalan elektrik bermula 21 April dan sehingga dimaklumkan. Sampai bila dan bagaimana boleh bertahan? Ingatkan negeri Kelantan sahaja tiada air, Pahang pun sama,” katanya.

Intan Paraha merasakan krisis air di kawasannya semakin teruk sejak 2018 dan kecewa apabila tiada inisiatif yang efektif diambil PAIP bagi mengatasi masalah itu, khususnya ketika hari raya.

”Isu tiada air ini jadi normal, bila ada air kami rasa magik. Isu tiada air di sini kian meruncing selepas tahun 2018.

”Kalau dah tahu raya ini penggunaan meningkat, PAIP perlu buat sesuatu. Tolong usahakan sesuatu membantu kami, buka sekadar melepaskan batuk di tangga.Ada air takungan yang sikit bagi penduduk kawasan Felda Selancar. Felda Keratong lagi teruk tiada elektrik.

Lebih membingungkan apabila PAIP menghantar bekalan air tidak mencukupi seperti yang dijanjikan, katanya.

”Pukul 10.30 malam sebelum raya mereka ada hantar satu lori tangki air tapi sampai giliran saya tidak sempat kerana tidak mencukupi,” ujarnya.

Sementara itu, Abidah Mohamad Kadari, 35, berkata, fenomena ketiadaan air merupakan isu serius ketika raya kerana ramai anak perantauan akan pulang ke kampung halaman.

Katanya, tindakan PAIP memberi notis ketiadaan air dalam tempoh singkat dalam laman media sosial tidak efektif kerana bukan semua penduduk kampung mempunyai aplikasi berkenaan.

Tambah beliau, keluarganya membeli enam karton air 1.5 liter dan enam botol besar 9.5 liter liter air bagi penggunaan harian.

“Keluarga saya tidak mendapat apa-apa maklumat ketiadaan air pada musim raya ini.

“Dah hampir seminggu kami tiada air, terpaksa membeli air mineral dan simpanan air makin susut,” katanya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo