NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu KWSP: Faham ke masalah orang miskin?




RAMAI yang komen mengenai permintaan nak keluarkan duit KWSP. Ada yang sokong dan ada yang tak setuju.

Saya tak mahu komen panjang kerana saya tidak berada di tempat mereka yang sekarang ini menghadapi masalah untuk meneruskan hidup.

Nasihat saya kalau tak faham atau tak pernah rasai apa yang mereka rasai maka tutuplah mulut dan kawal jari dari menaip perkara-perkara yang menghina.

Saya tak boleh salahkan mereka yang mengutuk kerana puak-puak kayangan dan mereka yang hidup senang lenang itu tak merasai apa yang mereka di bawah rasai.

Sebab tidak faham keluar kata-kata keji. Orang nak jalan kaki pun mereka permainkan. Konon boleh masuk Olimpik dan sebagainya.

Selama 10 tahun sebagai Exco, saya jaga pembangunan strata termasuk juga flat kos rendah.

Saya dah nampak dan rasa apa yang puak-puak kayangan atau mereka yang ada pendapatan tetap atau mereka yang ada banyak harta tak nampak atau tak rasa.

Percaya atau tidak ada keluarga yang buka puasa makan nasi dengan kicap sahaja? Lauk pun tak ada. Dulu pernah berlaku jadi sekarang dengan keadaan ekonomi yang lebih teruk, lu fikir sendirilah.

Siapa pernah rasa orang datang rumah pukul 12 tengah malam minta duit sebab esok pagi kena bayar yuran anak?

Siapa pernah rasa orang datang rumah minta pinjam duit untuk beli susu anak? Sanggup tinggalkan handphone sebagai cagaran.

Pernah ada kes seorang anak minta makan dari jiran sebab lapar sangat.

Ada anak-anak yang jarang berjumpa dengan ibu bapa kerana mereka kerja sampai malam. Anak-anak diberi kunci rumah dan terpaksa menguruskan diri sendiri. Makan, mandi, buat homework, ulangkaji dan sebagainya semua buat sendiri. Mereka bukan macam anak atau cucu kamu yang belajar di hostel.

Saya bukan nak cakap saya hebat tapi itulah keadaan orang di bawah. Pergi campur dengan marhaen, jangan duduk di atas sahaja. Jangan buka puasa di hotel sahaja, sekali sekala buka dengan gelandangan.

Kalau tak faham atau tak pernah rasa jangan hina. Bersyukurlah Allah S.W.T telah memberi kamu kemewahan dan kesenangan. 

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Dan Pembangunan Perumahan (REACH) – HARAKAHDAILY 5/4/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo