NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kakitangan awam Kedah terima bantuan khas RM1,000

Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor



ALOR SETAR: 
Kakitangan dan pegawai awam kerajaan Kedah akan menerima bantuan khas Aidulfitri 2023 berjumlah RM1,000 selewat-lewatnya 18 April ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan khas itu melibatkan peruntukan sebanyak RM5.1 juta membabitkan 5,100 kakitangan awam negeri.

“Bantuan yang sedikit ini sebagai tanda ingatan kepada kakitangan serta pegawai perkhidmatan awam untuk menyambut Hari Raya tidak lama lagi,” kata selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman petang semalam.

Sanusi juga berkata, pelantikan pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) seluruh Kedah telah selesai bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dimansuhkan.

Pertukaran itu jelasnya berikutan berlaku peralihan kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), di mana khidmat JPKK telah ditukar kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung Pusat (JKKP) oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Peruntukan untuk elaun MKK tahun ini sebanyak RM13.8 juta dan kerajaan negeri mengekalkan orang yang sama. Pertukaran hanya berlaku di beberapa kampung yang diwakili Barisan Nasional (BN),” ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali memberitahu pelantikan ahli MKK dalam kalangan wakil dari PAS, Bersatu dan Gerakan.

Kata beliau seramai 2,050 yang terdiri daripada pengerusi (1,025) dan setiausaha (1,025) MKK di seluruh Kedah terlibat dengan perlantikan sesi sekarang. – HARAKAHDAILY 6/4/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo