NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Liga Super : Eki hampakan tuan rumah

IPOH – Mohd. Shahrel Fikri menjaring gol penyamaan pada minit ke-69 untuk membantu Negeri Sembilan FC mengikat Perak FC 1-1 dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Walaupun keputusan itu menghampakan kem Perak, tetapi satu mata dikutip pasti lebih bermakna daripada tiada langsung .

Perak FC bagaimanapun harus berterima masih kepada Eki apabila mensia-siakan tiga peluang keemasan untuk Negeri Sembilan pulang dengan mata penuh.

Apapun satu mata yang dikutip harus menceriakan kedua-dua jurulatih iaitu Datuk Lim Teong Kim dan K Sebab.

Pada perlawanan seimbang itu, kedua-dua pasukan mempamer aksi cemerlang.

Permainan baru berusia tiga minit apabila tuan rumah melakukan kejutan dengan menjaring gol pendahuluan melalui Muhamad Alif Zikri.

Pemain itu memanfaatkan hantaran sepasukan untuk menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Negeri Sembilan bangkit dengan asakan bertali arus, tetapi nasib nyata tidak menyebelahi mereka apabila palang gol menjadi penghalang pada minit ke-23.

Pasukan Hoben Jang Hoben meneruskan asakan mereka di babak kedua dan usaha mereka akhirnya berjaya untuk menafikan kemenangan tuan rumah melalui Eki. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo