NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Google Meet Kini Membolehkan Admin Tutup Paparan Video Peserta Lain

Google Meet kini menambah sebuah ciri baharu yang diinginkan ramai ketika membuat panggilan video – iaitu kebolehan untuk pengguna mematikan paparan video seseorang peserta lain dalam panggilan video.

Ini sekaligus akan memudahkan lagi fokus dalam sesuatu mesyuarat – terutamanya sekiranya seseorang pemanggil menyertakan latar yang menganggu, dan sebagainya.


Menariknya, Google turut menyatakan peserta yang dimatikan paparan video tidak akan dimaklumkan.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Google Meet di web dan peranti mudah-alih.

Visit website

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo