BANGI, Ahad – Calon Perikatan Nasional (PN) di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu diputuskan selepas perbincangan bersama parti komponen PN yang bersetuju untuk mengguna pakai kaedah sama seperti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Hari ini (semalam), kami bincang soal politik, persiapan untuk PRN. Alhamdulillah, nampak Kelantan hampir sudah bersedia.
“Kami juga sudah hampir selesai bincang pembahagian kerusi, sekarang sudah dibincangkan di peringkat pusat di bawah jawatankuasa rundingan kerusi. Lain-lain perkara yang dibincangkan soal manifesto, calon dan logo dipakai seperti pada PRU15 lepas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bersama pimpinan PN Kelantan yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di sini malam tadi.
Ketika ditanya sama ada pembahagian kerusi akan turut menggunakan kaedah sama seperti ketika PRU15, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan.
Sumber | Tv Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment