NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas MB Perlis didakwa atas dakwaan rasuah esok

Bekas menteri besar Perlis dikatakan akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM iaitu kesalahan memberi atau menerima rasuah. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Seorang bekas menteri besar Perlis dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar, esok.

Menerusi jemputan kepada media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menamakan identiti sebenar bekas menteri besar itu.

“Dengan ini adalah dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang bekas menteri besar,” kata kenyataan itu.

Bekas menteri besar itu dijangka dituduh pada 8.30 pagi.

Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, bekas menteri besar itu merujuk kepada Azlan Man. Beliau juga merupakan bekas ketua Umno negeri.

Menurut laporan itu, Azlan akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM iaitu kesalahan memberi atau menerima rasuah.

Pada PRU15, Azlan tumpas di Dewan Undangan Negeri Bintong, selain gagal mempertahankan jawatan ketua Umno Kangar, pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo