NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aidilfitri: Lapan kawasan di Marang dijangka alami gangguan air

Abdul Karim (tengah) menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Pemangku Presiden KAWAT, Mohd Ishak Abdillah Ngah bagi menyokong usaha dan aktiviti kelab itu pada Majlis Iftar dan Apresiasi Bersama Media di Hotel Paya Bunga pada Selasa.


KUALA TERENGGANU - Sebanyak lapan lokasi di daerah Marang dikenal pasti sebagai kawasan berpotensi berdepan masalah bekalan air tidak stabil atau bertekanan rendah susulan peningkatan jumlah pengguna ketika sambutan Hari Raya Aidifitri nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Abdul Karim Endut berkata, ia melibatkan Kampung Gong Kasim, Bukit Kecil, Durian Pahit, Gong Balai, Pasir Putih, Alor Ketitir, Fakir dan Felda Rantau Abang 1.

Menurutnya, masalah itu disebabkan projek menaiktaraf paip utama dari LRA Kepong ke tangki utama MIEL dan Gondang yang merupakan sebahagian daripada komponen utama projek Kuala Terengganu Utara (KTU) untuk meningkatkan keupayaan bekalan air ke Marang belum siap sepenuhnya dan mencapai tahap 90 peratus.

"Justeru SATU telah membuat perancangan proaktif dengan menempatkan tangki-tangki statik di 32 lokasi yang sudah dikenal pasti bagi memudahkan para pengguna mendapat bekalan air bersih sepanjang perayaan ini.

"Selain itu, kita turut menghentikan semua kerja yang boleh mengganggu operasi loji dalam tempoh seminggu sebelum raya dan seminggu kemudian supaya operasi loji dapat dikekalkan," katanya pada Majlis Iftar dan Apresiasi Bersama Media di Hotel Paya Bunga pada Selasa.

Pada majlis itu, Abdul Karim turut menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) sebagai menyokong usaha dan aktiviti kelab tersebut.

Abdul Karim berkata, SATU mempunyai 16 loji di seluruh Terengganu dan berdasarkan pengalaman lepas, penggunaan air dijangka meningkat antara 10 hingga 15 peratus ketika tibanya musim perayaan.

Katanya, SATU telah melaksanakan penambahbaikan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan terutama menjelang musim perayaan menerusi beberapa projek utama seperti projek KTU yang merangkumi pembinaan LRA Losong Pakej dan LRA Berapit.

Jelas beliau, pihaknya turut memberi tumpuan terhadap kerja-kerja penambahbaikan di beberapa daerah utama.

"Antaranya di Setiu menerusi projek penaiktarafan LRA Kemudu, projek pemasangan sistem pam penggalak di Jerteh, Besut dan rehabilitasi sistem pengepaman LRA Hulu Terengganu yang telah berjaya disempurnakan.

"Melalui pelaksanaan semua projek ini, kita dapat menyelesaikan situasi bekalan air di beberapa daerah iaitu Kuala Terengganu, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

"Kita sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bagi memastikan pengoperasian yang lebih efisien, dinamik dan memberi keselesaan kepada pengguna terutama menjelang Aidilfitri," katanya.


Sumber I Sinar Harian


 

 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo