NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli UMNO mula pertikai tindakan Zahid, Anwar



BANGI, Selasa – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa, terdapat pertikaian dalam kalangan ahli UMNO terhadap Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan sama turut disuarakan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang menyatakan, keadaan itu berlaku susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyemak semula sabitan dan hukuman dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd.

Menerusi Podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama Khairy, Shahril berkata, terdapat implikasi politik pada Ahmad Zahid dan kerajaan yang diterajui Anwar susulan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

“Walaupun perkara ini tidak diakui dan tidak akan disebut secara mutlak dan hakiki oleh mana-maan pihak, memang perkara yang membuatkan UMNO sedia bersama dengan PH adalah dengan harapan Najib dibebaskan.

“Apabila kes ini berlaku seperti minggu lalu, saya sendiri melihat dalam forum atau kumpulan UMNO  di mana orang sudah mula pertikaikan. 

“Bibit serangan terhadap Anwar dan Zahid sendiri. Di sinilah ia bermula bagaimana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dilemahkan berkenaan dengan kes Najib di mata orang UMNO,” jelasnya dalam siaran Podcast itu.

Dalam pada itu, Khairy yang dipecat UMNO turut bersetuju dengan Shahril dan menyatakan, ada tindak balas kuat dalam kalangan penyokong Najib terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

“Kenyataan Zahid yang bagi saya jawapan beliau munasabah kerana beliau akur dengan keputusan mahkamah.

Sebab dia Timbalan Perdana Menteri, takkan dia nak cakap lebih daripada itu,” ujar Khairy

Bagaimanapun, bekas ketua Pemuda UMNO itu berkata, Ahmad Zahid seorang ahli ‘politik sempurna’ yang mampu menguruskan sebarang ketidakpuasan hati dalam parti.

Najib disabitkan bersalah pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC berjumlah RM42 juta serta dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. 

Beliau menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan beliau diikuti Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman terhadapnya dengan keputusan majoriti 4-1.


Sumber I Tv Pertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo