NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes, kluster Covid-19 meningkat, KKM saran pelajar, guru disaring



BANGI, Selasa – Kes Covid-19 meningkat mendadak, dengan 11 kluster pendidikan dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ketiga belas 2023 (ME13/2023) dari 26 Mac hingga 1 April lalu.

Peningkatan kes dan kluster Covid-19 itu berlaku berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac lalu serta pergerakan masyarakat yang banyak ketika musim cuti sekolah lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 11 kluster pendidikan yang dilaporkan, enam kluster membabitkan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu tiga kolej dan masing-masing satu sekolah agama menengah, sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah.

Lima lagi, katanya, adalah kluster pendidikan lain iaitu empat maktab dan satu TASKA.

Ia menjadikan sejumlah 18 kluster dilaporkan dari ME 1/2023 hingga ME 13/2023.

Berikutan itu, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi penekanan kepada sektor pendidikan untuk meningkatkan aspek kesihatan termasuk kepentingan menjalani saringan bergejala terhadap pelajar, guru dan kakitangan sebelum masuk ke kawasan sekolah atau institusi.

“Ujian RTK-Ag ke atas murid, guru dan kakitangan perlu dijalankan mengikut strategi pengujian Covid-19 selain memperkasa ibu bapa untuk memantau status kesihatan anak dan bertanggungjawab untuk tidak menghantar anak ke sekolah jika bergejala.

“Institusi terbabit juga menjalankan penilaian risiko penularan jangkitan Covid-19 di institusi masing-masing dari semasa ke semasa supaya tindakan pencegahan dapat segera diambil,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Pegawai Kesihatan Daerah supaya menjalankan siasatan dan penilaian risiko untuk menilai status penularan jangkitan bagi sekolah atau institusi pendidikan yang merekodkan kes positif .

Selain itu, tindakan pembersihan dan disinfeksi serta pengesanan kontak perlu dijalankan, di samping melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan Covid-19.

Sementara itu, beliau berkata, jumlah kemasukan pesakit Covid-19, termasuk pesakit yang disyaki Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk, meningkat sebanyak 24.1 peratus pada ME 13/2023 berbanding ME 12/2023.

Beliau berkata, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 13/2023, meningkat 80 peratus berbanding ME 12/2023 bagi pesakit kategori 1 dan 2 manakala kategori 3, 4 dan 5, meningkat sebanyak 33.3 peratus.

“Peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 pada ME 13/2023 bagi katil bukan kritikal meningkat sebanyak 1.0 peratus; katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal dengan 3.0 peratus.

“Peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga meningkat sebanyak 0.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata, survelan Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) bagi Covid-19 oleh KKM di lokasi sentinel seluruh negara mendapati, sebanyak 56 sampel ILI dikesan positif Covid-19 dengan kadar positif 8.51 peratus pada ME 13/2023.

“Tiada sampel SARI dikesan positif Covid-19 pada ME 13/2023,” katanya. – BERITAHARIAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo