NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada wawasan akhirat jika bersara atas faktor usia – Abdul Hadi



BANGI, Selasa – Bersara daripada perjuangan kerana faktor usia disifatkan sebagai teori barat sekular dan tidak berwawasan akhirat.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, para rasul tidak bersara daripada melaksanakan tugas mereka disebabkan faktor usia dan yang paling utama mereka mempunyai wawasan akhirat yang kekal abadi.

“Saranan sedemikian wajib ditolak, sekalipun yang mengatakan itu bertaraf ahli falsafah, pemikir, ilmuwan, profesor dan sebagainya, kerana ilmu mereka tanpa berpandukan hidayah.

“Ukuran mereka itu hanyalah faktor umur, bukan faktor mukallaf,” katanya menerusi Minda Presiden PAS hari ini.

Abdul Hadi berkata, al-Quran menceritakan bahawa semua rasul berdakwah serta berpolitik dalam menghadapi kerajaan dan rakyat pada zaman masing-masing sepanjang hayat, sehingga tamat ajalnya di alam dunia.

Jelasnya, hanya sejumlah kecil dalam kalangan rasul yang sempat memimpin negara manakala sebahagian besarnya tidak berkesempatan sehinggakan mereka wafat dan sebahagian lagi bersama pemerintah tanpa memimpin negara.

“Nabi Daud AS menjadi khalifah, Nabi Sulaiman AS pula menjadi raja dan Nabi Muhammad SAW memimpin serta memerintah negara dengan adil bersama petunjuk Allah SWT. Mereka semua berdakwah dan berpolitik sehingga wafat.

“Manakala Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS dan lain-lain tidak sempat melihat kerajaan berdaulat yang menjadikan kitab Allah sebagai petunjuk dan terus berjuang sehingga masing-masing wafat.

“Nabi Nuh AS berdakwah dan berjuang sehingga 950 tahun lamanya tidak bersara sehingga baginda wafat,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi menjelaskan, para rasul itu menjadi ikutan dan teladan kepada seluruh manusia dengan berdakwah membawa Islam yang sempurna bagi menyelamatkan dan mengajak manusia kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran.

“Khususnya, kemungkaran yang dilakukan oleh pihak yang memerintah negara melibatkan aspek politik yang menyebabkan kemungkaran yang besar menimpa umat dan negara,” tegasnya.


Sumber | Tv Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo