NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

43,019 pelajar sekolah menengah terlibat tabiat merokok




BANGI, Selasa – Seramai 43,019 daripada 1.3 juta pelajar sekolah menengah yang disaring menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) terlibat dengan tabiat merokok.


Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, dalam tempoh yang sama hasil saringan yang telah dijalankan terhadap dua juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan tabiat itu.

“Murid yang dikenal pasti merokok diberikan intervensi berkenaan rokok manakala murid yang tidak merokok diberikan pendidikan kesihatan berterusan bagi memastikan mereka kekal tidak merokok,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator N. Balasubramaniam yang bertanya mengenai perkembangan terkini pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Generasi Penamat-Anti-Rokok (GEGAR-18) dan keberhasilannya. 

Tambah Lukanisman, KKM akan terus memperluas program GEGAR-18 untuk memberi pengetahuan perundangan dan pendidikan berterusan bagi mewujudkan persekitaran bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

“Kempen ini juga dijalankan bagi memastikan kumpulan GEGAR-18 ini kekal bebas rokok sepanjang hayat mereka. Kempen GEGAR-18 juga telah dijalankan di sembilan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan dan Kementerian Pendidikan tinggi.

“Selaras dengan kempen GEGAR-18 ini juga, sebanyak 19 kampus universiti telah melaksanakan program MQUIT Universiti dan buat saringan serta intervensi untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan pelajar pengajian tinggi,” ujarnya. 

KKM juga akan terus memperluaskan kempen GEGAR-18 bagi golongan belia yang tidak memasuki mana-mana IPT melalui kerjasama Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan lain yang berkaitan.


Sumber I Tv Pertiwi 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo