NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agihan kerusi PH-BN di 3 negeri 90% selesai, kata Salahuddin

Salahuddin Ayub berkata, rundingan agihan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah pula berjalan lancar.


PETALING JAYA: Agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di tiga negeri yang bakal mengadakan PRN kini selesai 90%.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, tiga negeri itu ditadbir PH, iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Katanya, rundingan di Kelantan, Terengganu dan Kedah pula berjalan lancar.

“Kita beri kebebasan kepada kepimpinan negeri masing-masing untuk mengadakan rundingan berhubung agihan kerusi, Kedah antaranya sudah mengadakan rundingan beberapa kali.

“Beberapa negeri baru memulakan rundingan, kebiasaannya proses itu perlu diadakan beberapa kali sebelum persetujuan dicapai secara sepakat.

“Buat waktu ini, agihan kerusi di tiga negeri bawah pentadbiran PH 90% selesai, negeri lain dalam proses dan tiada apa-apa masalah timbul,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, Amanah tiada masalah bekerjasama dengan parti komponen lain menjelang PRN, termasuk dalam BN.

“Sebagai parti komponen dalam kerajaan, kita pastikan agihan kerusi dan calon yang dikemukakan menerima persetujuan rakan, bukan saja PH, tetapi juga BN.

“Kita juga sedia menggempur tiga negeri yang dikatakan kubu kuat Perikatan Nasional, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Saya yakin di Kedah, kita mempunyai peluang agak baik, Kelantan dan Terengganu juga kita akan letakkan calon berpotensi.

“Selepas PRU12 lalu, tiada perkara yang statik dalam politik, semua boleh berubah, jadi tidak mustahil untuk kita lakukan penampilan terbaik di ketiga-tiga negeri berkenaan.”


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo