NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH Gesa Menteri Peka Dan Tegas, Tarik Segera Filem Mentega Terbang

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak agar Menteri Agama sentiasa peka dan tegas serta menangani isu-isu yang menyentuh kesucian dan keaslian agama Islam ini dalam kadar segera demi memelihara kesucian agama Islam setiap masa sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas mengenai filem Mentega Terbang, Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa menggesa agar Menteri Agama dan Menteri Komunikasi menahan serta menarik segera filem tetsebut daripada terus ditayangkan.

Menurutnya, filem tersebut agak mengejutkan kerana ia melibatkan beberapa babak serta dialog yang mencurigakan serta mengaburi kemurnian dan kesucian Islam secara halus.

Tambah Mohd Zai, UMMAH telah menonton filem Mentega Terbang yang mula ditayangkan di platform internet bermula pada 23 Jan 2023. Filem ini tidak melalui tapisan Lembaga Penapisan Filem Negara (FINAS).

Mengulas lanjut, beliau berkata, filem tetsebut seolah cuba menggambarkan Islam yang liberal dan toleransi agama yang tidak menepati prinsip keimanan aqidah Islam yang sebenarnya. Ia memberi gambaran Islam yang tidak tepat dan mengelirukan generasi muda.

"Ummah menggesa agar filem tersebut disiasat oleh satu jawatankuasa khas bagi meneliti kandungan filem tersebut yang berupaya untuk menjejaskan akidah umat Islam," jelasnya menerusi sebuah hantaran di laman Facebook rasmi UMMAH.
.
#Terkini #Perspektif360

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo