NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umat Islam mesti bantah filem Mentega Terbang – Riduan



KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini diseru untuk membantah elemen liberalisasi dan sebarang usaha meremehkan agama secara halus seperti yang didakwa cuba diketengahkan melalui filem Mentega Terbang.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd. Nor berkata, mereka tidak sepatutnya membiarkan golongan muda disuntik dengan racun orientalis Barat dan hanyut dalam menentukan kebenaran agama.

“Filem adalah ejen propaganda dan alat kemusnahan fikrah jika tak dikawal oleh penguasa yang beriman, ya kita sedang menempuh zaman edan yang mengkesampingkan nilai akidah dalam kehidupan Muslim!” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, dalam sejarah perfileman Melayu, belum pernah ada pengkarya filem secara berani mempersoalkan akidah Islam dan mempromosikan murtad.

Filem Mentega Terbang yang disiarkan melalui aplikasi Viu menerima bantahan daripada umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.

Filem itu memaparkan Aisyah, iaitu seorang gadis berusia 16 tahun yang mencari kebenaran agama dengan membuat kajian perbandingan melalui bacaan kepada teks agama sedia ada.

Remaja berkenaan digambarkan sebagai seorang Islam yang menunaikan solat tetapi berfikiran liberal dalam menerima kerencaman beragama termasuk tidak kisah kepada babi sebagai makanan.

Difahamkan, filem yang diterbitkan untuk siaran di internet itu tidak memerlukan penapisan dan izin tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). – MalaysiaGazette

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Kenakan hukuman seberatnya semua yg terlibat bikin filem mengarut dan mencabar islam agama persekutuan, pengarah tolol jahil, penulis skrip bodoh sombong..

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo