NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sejumlah RM43.8 bilion hutang 1MDB dibayar setakat ini, masih berbaki RM9.7 bilion - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 13 Mac -- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kerajaan setakat ini telah membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM43.8 bilion dengan baki yang belum dibayar adalah sebanyak RM9.7 bilion melibatkan RM5 bilion prinsipal (wang pokok) dan RM4.7 bilion faedah, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Pembayaran itu dibuat melalui ‘shareholders advance’ (pendahuluan pemegang saham) sebanyak RM24.5 bilion dan akaun amanah (RM19.3 bilion),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad berkata kerajaan juga telah memperoleh sebanyak RM33.6 bilion daripada dapatan semula aset 1MDB dan RM8 bilion daripada penyelesaian dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Menurutnya, hutang prinsipal yang diambil daripada 1MDB adalah sebanyak RM33.6 bilion manakala faedahnya berjumlah RM14.9 bilion.

Sementara itu, mengenai projek Jana Wibawa, Ahmad berkata ia melibatkan 67 projek di bawah pelbagai kementerian antaranya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pendidikan dengan anggaran berjumlah RM7.13 bilion.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan sebanyak RM57.3 bilion menerusi undi suara selepas mendapati lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2023, yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan di peringkat dasar pada 9 Mac setelah dibahaskan selama enam hari bermula 27 Feb lepas dan sesi penggulungan oleh setiap kementerian. 

Belanjawan 2023, yang dibentangkan Anwar pada 24 Feb lepas, memperuntuk sejumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion untuk belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

-- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo