NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Didakwa difitnah, Fahmi hanya berani tuntut di akhirat

Ahmad Fahmi Fadzil.-Foto AFFAN FAUZI, 19 DISEMBER 2022.


JOHOR BAHRU –  Tohmahan kerajaan mengamalkan pentadbiran kuku besi merupakan tohmahan musuh politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, amalan kuku besi yang tidak membenarkan kebebasan bersuara tidak diamalkan dan ia dikukuhkan lagi apabila tiada sebarang akaun media sosial diarah tutup oleh kerajaan.

Namun kebebasan bersuara bukan melibatkan kenyataan atau perkongsian berunsur fitnah.

“Memang betul kita boleh posting di Facebook tetapi kalau hantaran kita itu adalah fitnah maka kita boleh ditahan. Jikalau kita membuat ugutan kita boleh ditangkap. 

“Jadi saya tegaskan hak untuk bersuara itu ada dan sesiapa yang berkata kerajaan ini bersifat kuku besi itu semua adalah fitnah belaka. 

“Kita (kerajaan) masih terbuka dan setakat saya menjadi menteri, saya tidak pernah arahkan satu akaun pun ditutup. Tidak ada dan jika ada sesiapa yang membuat tuduhan liar seperti itu, semuanya adalah fitnah belaka semata-mata dan saya akan tuntut di akhirat nanti,” katanya yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di Dewan Raya Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini hari ini. 

Turut hadir, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

Fahmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menasihati orang ramai untuk sentiasa peka dalam perkongsian di platform media sosial.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insiden kumpulan popular Indonesia iaitu Radja Band yang menerima ancaman bunuh selepas selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Sabtu lalu – pihaknya memandang serius soal keselamatan melibatkan artis termasuklah penggiat seni luar negara.

“Berhubung kejadian tersebut, kita serahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan dimaklumkan ada beberapa individu telah ditahan,” jelasnya.- MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo