NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan UMNO: Anak MB antara muka baharu terpilih ketuai Pemuda bahagian di Perak



IPOH, 14 Mac (Bernama) -- Anak Menteri Besar Perak Ahmad Syahir Saarani, merupakan antara tujuh muka baharu Ketua Pemuda UMNO bahagian di Perak, yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.

Ahmad Syahir memenangi bahagian Lenggong, manakala enam lagi muka baharu ialah Muhammad Ariff Zaky Mohd Zolkafly (Sungai Siput) yang juga anak kepada exco kerajaan negeri Mohd Adri Adha Mohamad (Bukit Gantang), Ahmad Azwan Abd Karim (Padang Rengas), Muhammad Hamzah Md Hamdan (Ipoh Barat), Adham Shabir (Beruas) dan Mohammad Fadil Kamaruddin (Tanjung Malim).

Mereka yang mempertahankan jawatan masing-masing pula ialah Nazirul Jamaluddin di bahagian Bagan Serai, Azlan Shah Zulkifli (Taiping), Mohd Hakim Mohd Yusoff (Batu Gajah), Fahmi Ahmad Jakhisi (Tapah) dan Mohd Rafiq Mohd (Lumut) yang turut memenangi Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat.

Selain Mohd Nurzaffan Sulaiman (Gerik), 12 muka baharu lain yang terpilih mengetuai Pemuda bahagian ialah Mohd Kamal Yusri Awang Kamarudin (Larut), Mohd Faisal Abd Hamid (Parit Buntar), Ahmad Zharif Ahmad Kamal (Tambun), Abdul Muaiz Mohamad Sungip (Ipoh Timor) dan Mohamad Arif Abdul Talib (Kuala Kangsar).

Enam lagi ialah Hamizi Abd Ghani di bahagian Parit, Muhammad Azhar Mohamad Yusop (Kampar), Al Yashir Yahaya (Gopeng), Mohd Yafiz Mohamad Mustapa (Pasir Salak), Muhammad Nabil Saleh (Bagan Datuk) dan Zulfadzli Hisham Abu Zahni (Teluk Intan).

Sementara itu, seramai dua calon menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan bagi mengetuai sayap Puteri iaitu Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani di bahagian Kuala Kangsar dan Nurdiyana Musfirah Hadhri (Beruas), yang turut dipilih sebagai Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat. 

Ketua Puteri lain yang berjaya mempertahankan jawatan masing-masing pula ialah Siti Fairus Othman di bahagian Gerik dan Sarah Syazwani Saari (Parit) manakala keputusan bahagian Gopeng ditangguh sehingga esok berikutan terdapat aduan tatacara pemilihan.

Seramai 19 muka baharu terpilih mengetuai Puteri bahagian iaitu Noor Ain Ramlan di bahagian Lenggong, Afizatul Aida Abd Aziz (Larut), Nor Hazlia Shaari (Parit Buntar), Nurhafizatul Khairah Abu Samah (Bagan Serai), Nur Fazlina Ghaffarudin (Bukit Gantang), Rasidah Katat (Taiping) dan Intan Noor Haswanie Mahamad Wahab (Padang Rengas).

Selain itu, muka baharu ketua puteri ialah Rasnin Iddayu Ramli di bahagian Sungai Siput, Raja Zarwatin Najah Raja Aznan (Tambun), Nurul Aisyah Salwani Badrol Hasni (Ipoh Timor), Nur Khairunnisa Mohamad Idris (Ipoh Barat), Nor Fazilah Mohd Tahir (Batu Gajah) dan Saddatul Akmar Zainal Abidin (Kampar).

Enam lagi ialah Nurul Ameera Baba di bahagian Tapah, Nor Azuwa Sulaiman (Pasir Salak), Nurul Syamila Hamdan (Lumut), Nurul Salina Mohamad (Bagan Datuk), Nur Azreen Nurazman Amrullah (Teluk Intan) dan Nadiatul Akma Mohd Nor (Tanjung Malim).

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Feb hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Feb ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lepas.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.

-- BERNAMA





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo