
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini bagi sesi menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit.
Menurut catatan Facebook Polis Kedah, ketibaan beliau bersama delegasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 8 malam disambut oleh Ketua Polis negeri Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.
Selesai sesi menghadap di Istana Anak Bukit, delegasi Perdana Menteri bergerak ke Makam Diraja Langgar bagi menziarahi Makam Sultan Abdul Hamid sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Turut serta Mufti Kedah Datuk Sheikh Fadzil Awang, Ahli Dewan Undangan Negeri Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf dan Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Mohd Roze Shaari.
- Bernama
Mungkin sultan kedah nak juga dengar dari mulut pihak lain dan bukan saja dari mb kedah.
ReplyDeleteKalau ikut soal jawab sidang dun projek tu macam dah jadi projek terowong pulau pinang.
Tanah dah diambil.Kajian kepada pihak NASP 3 tahun dan belum siap lagi. Bolehkah siap pada 2026 kalau pelabur tak ada?!
Point utama sultan kedah dia nak projek kxp tu jalan , dh takleh jalanla pmx sukahati nak cancel ,pelabur kna prepare duit pengambilan tanah.
Delete