NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB daripada Bersatu jika PN tawan Selangor, N9, kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Azmin Ali, Radzi Jidin dan Abdul Rashid Asari menjadi penyelaras Bersatu di Selangor untuk PRN.


KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin mengumumkan pemimpin Bersatu akan dipilih sebagai menteri besar Selangor dan Negeri Sembilan jika Perikatan Nasional (PN) menawan negeri itu pada PRN.

Beliau yang juga pengerusi PN berkata menerusi rundingan dengan komponen, PAS kekal menerajui Kedah, Kelantan, dan Terengganu manakala ketua menteri Pulau Pinang ditentukan kelak, bergantung parti mana memenangi banyak kerusi.

“Ikut kiraan kasar, kita boleh bentuk kerajaan di Selangor selepas PRN nanti,” katanya ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM.

Muhyiddin turut mengumumkan bekas menteri besar Selangor Azmin Ali dan dua naib presiden Bersatu iaitu Radzi Jidin dan Abdul Rashid Asari menjadi penyelaras Bersatu di Selangor untuk PRN.

Menurutnya, PN sudah menyediakan barisan kepimpinan negeri untuk enam negeri terbabit sebagai persediaan awal jika berjaya menubuhkan kerajaan.

“Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, PAS, dan Gerakan, duduk bersama bila terbentuk kerajaan dan sudah tahu di mana kedudukan, berapa peratusan exco dalam PN.

“Bukan sombong tetapi menunjukkan iltizam kita. Ini sesuatu mungkin terjadi sebab perpaduan solidariti dan sokongan rakyat yang mahu kita kembali di negeri yang akan menghadapi PRN,” katanya.

Berhubung agihan kerusi, Muhyiddin berkata, secara prinsip penyandang akan kekal bertanding di kerusi dimenangi manakala rundingan hanya membabitkan kawasan disandang lawan.


Sumber | FMT Malaysia



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Dulu bolehlah pangkah pn.
    Bersih dan stabil....

    Sekarang 2x5 kotor dan busuk.
    Kerja nak menyakau jer...
    Rasuah dan salahguna kuasa sama busuk dgn atok..

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo