NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli UMNO perlu ketepikan kepentingan peribadi - Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parti itu perlu mengetepikan kepentingan peribadi supaya UMNO kembali menjadi relevan kepada rakyat. - Gambar fail/Astro AWANI


MELAKA: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parti itu perlu mengetepikan kepentingan peribadi supaya UMNO kembali menjadi relevan kepada rakyat.
Beliau berkata walaupun parti itu menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor namun ia tidak dapat diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
"Ingat bahawa kita sentiasa diuji Allah SWT. Kita harus berusaha dan berikhtiar. Kita mesti keluar daripada kepompong konvensional dan kaedah lama. Kita kena guna kaedah pendigitalan. Sayap parti (Wanita, Pemuda dan Puteri) mesti bersama kita (Majlis Tertinggi).
Kita tak mahu lagi jadi parti kampung, kita tak mahu lagi jadi johan di gelanggang kita sahaja. Kita mesti jadi johan dan relevan di peringkat nasional," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) peringkat negeri Melaka di sini malam ini.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon-calon yang bertanding.
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo