NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lantikan politik: Dasar perjuangan PH sudah berubah

Shahidan Kassim berkata pendirian Pakatan Harapan berubah berhubung lantikan politik di GLC. (Gambar Bernama)



KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional mahu Pakatan Harapan mengaku bahawa ia telah berubah pendirian berhubung lantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Shahidan Kassim (PN-Arau) mengulas pelantikan bekas ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki sebagai pengerusi baharu Mara baru-baru ini.

“Asyraf kawan baik saya jadi saya mahu sokong pelantikan dia tetapi masalahnya, PH kena isytiharkan kepentingan mereka (dalam pelantikan itu) dan pelantikan politik sekarang ini boleh buat pula,” katanya, ketika membahaskan Belanjawan 2023 baharu peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

“Dulu mereka kata ‘kita tak mahu pelantikan politik’, sekarang dah mahu pula. Saya minta dia ubah (pendirian). Ubahlah, kami tidak ada masalah. Kami terima lah, nak buat macam mana.”

Sementara itu, Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) menggesa kerajaan menyatakan berapakah elaun bulanan yang diperuntukkan untuk Asyraf selaku pengerusi Mara.

“Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk memegang Amanah yang besar dalam memastikan institusi yang menjaga hal ehwal masyarakat Bumiputera ini terjamin berintegriti sepanjang masa – atau pun beliau tidak mengambil sebarang elaun,” katanya.

Menjawab pertanyaan itu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang, berkata elaun pengerusi Mara adalah RM10,300 sebulan.

“Ia merangkumi RM8,800 elaun tetap bulanan dan elaun keraian sebanyak RM1,500 yang dibayar sejak 2015 kepada semua individu dilantik sebagai pengerusi Mara,” katanya.

FMT sebelum ini melaporkan Bersih menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan apakah beliau menyokong pelantikan Asyraf, dan seorang lagi ahli Umno, Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi Felcra.

Pelantikan semula Jazlan pada mulanya diumumkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada Disember lalu, namun Anwar kemudian berkata ia ditangguhkan.

Anwar ketika itu berkata ahli politik boleh dilantik ke GLC tetapi terikat dengan syarat-syarat tertentu dan berkelayakan.


Sumber | FMT Malaysia






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo