NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah ada pilihan syarikat berkemampuan untuk projek KXP, kata MB

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata masih ada lagi syarikat lain yang berkemampuan menghantar kertas cadangan pembangunan KXP kepada kerajaan negeri. – Gambar Facebook, 13 Mac, 2023.


KERAJAAN negeri Kedah mempunyai pilihan syarikat untuk cadangan pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) sekiranya tokoh korporat Syed Mokhtar Al-Bukhary menarik diri daripada projek tersebut.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata masih ada lagi syarikat lain yang berkemampuan menghantar kertas cadangan pembangunan KXP kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan memanggil KXP Airport City untuk memberikan taklimat tentang sejauh mana urusan dengan syarikat Syed Mokhtar itu mengenai projek berkenaan.

“Kalau dia (Syed Mokhtar) terpaksa menolak, silalah menolak, saya tak ada masalah dengan dia, mungkin dia boleh terlibat dengan projek lain, kalau dia menolak, kita akan buat penilaian baharu (terhadap syarikat lain).

“Kita akan tengok keputusan muktamad Kumpulan Albukhary berdasarkan jawapannya nanti,” katanya demikian pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.

Sanusi berkata kerajaan negeri memberi tawaran kepada dua syarikat termasuk syarikat Syed Mokhtar untuk kerjasama (JV) bagi pembangunan projek KXP dan syarikat satu lagi itu yang mempunyai kepakaran kargo telah pun memberikan maklum balas bersedia dengan kerjasama itu.

Dalam pada itu beliau memaklumkan 12 rumah baharu dibina pihak kerajaan negeri untuk mangsa banjir akibat kepala air di Kampung Iboi dekat Baling tahun lepas dijangkakan siap sebelum 27 April depan.

“Peserta membuat cabutan undi rumah yang akan diberikan kepada mereka,” katanya yang turut memaklumkan lapan lagi rumah baharu tekag siap dibina oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) untuk mangsa kepala air itu. 

Persidangan DUN Kedah bersambung esok. – Bernama, 13 Mac 2023.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo