NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hoe Yean tambah dua emas Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65

Aksi Hoe Yean ketika membantu kuartet 4x100 gaya bebas berganti-ganti lelaki Kuala Lumpur meraih emas. - Bernama


KUALA LUMPUR: Perenang negara Khiew Hoe Yean terus menampilkan prestasi cemerlang apabila menambah dua lagi koleksi emas peribadi Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 hari ini.
Hoe Yean, 20, memulakan aksi hari ini dengan meraih emas bagi acara 200 meter (m) kuak lentang lelaki dengan catatan masa 2 minit 03.97 saat (s) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi itu mengenepikan cabaran perenang Taiwan Liang Yun Wu di tempat kedua (2:04.72s) serta perenang Sarawak Hii Puong Wei di tempat ketiga (2:06.79s).
"Bagi saya catatan tadi adalah baik namun tidak dapat menyaingi rekod kebangsaan (2:00.80s) saya, namun saya tetap berpuas hati. Apa pun saya akan lakukan yang terbaik untuk baki acara yang akan dipertandingkan esok sebagai persiapan ke Sukan SEA 2023 Kemboja Mei ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Hoe Yean selepas itu membuktikan keunggulannya dengan membantu kuartet 4x100 gaya bebas berganti-ganti lelaki Kuala Lumpur bersama Muhammad Dhuha Zulfikry, Jayden Tan dan Muhammad Farhan Andi Maroef merangkul emas dengan mencatatkan masa 3:28:80s.
Kuartet renang dari Selangor memenangi tempat kedua (3:29.15s) sementara kuartet renang Pulau Pinang di tempat ketiga (3:36.61s).
Dalam pada itu, hasrat Hoe Yean untuk menambah lagi emas di kejohanan itu tidak kesampaian, selepas menamatkan saingan di tempat kedua bagi acara 200m gaya bebas lelaki dengan catatan 1:49.74s.
Emas acara itu diraih perenang Taiwan, Wang Kuan Hung (1:49.37s) dan gangsa diraih rakan sepasukan Hoe Yean, Jayden (1:51.85s).
Hoe Yean sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan acara 200m rampaian individu (IM) walaupun sekadar meraih pingat gangsa, serta meraih pingat emas menerusi acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki bersama Muhammad Dhuha, Muhammad Farhan dan Jayden, selain meraih tempat keempat bagi acara 100m gaya bebas lelaki pada kejohanan sama.
-- BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo