. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perhimpunan Agung Tahunan Kali Yang Kelima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diadakan di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras. NSTP/Eizairi Shamsudin
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perhimpunan Agung Tahunan Kali Yang Kelima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diadakan di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras. NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Menteri Besar daripada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) akan mentadbir Selangor dan Negeri Sembilan jika parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua negeri itu akan dipimpin oleh BERSATU.

"Yang lain-lain kita dah dengar sendiri tentang azam, tekad dan iltizam daripada ahli parti yang agak nyata dan jelas. BERSATU juga sudah bersedia untuk menghadapi apa juga cabaran daripada mana-mana pihak sekali pun," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin, berkata kerusi yang ada di pihak PAS dan BERSATU akan dikekalkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kecuali ada persefahaman untuk melakukan pertukaran.

Katanya, bagi kerusi yang tidak dimiliki sesiapa kecuali oleh parti pembangkang, ia akan dirundingkan.

"Siapa nak dapat kerusi berkenaan akan diputuskan dalam perbincangan nanti," katanya.